Monday, November 12, 2007
10:45 AM
Posted by
mohazam
0
| Discover the 90/10 Secret: It will change your life | ||
| ||
BUDAYA TERPUJI BANGSA JEPUN
7:57 AM
Posted by
mohazam
0
Ciri-ciri yang patut dicontohi
1.MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi. Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.
Allah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
2.MENJAGA KEBERSIHAN
Kebersihan adalah satu lagi sifat yang amat saya sanjung pada masyarakat Jepun ini. Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki (stesen keretapi), kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Walaupun ada pekerja yang membersihkannya tetapi pada pendapat saya hal ini mustahil berlaku tanpa kerjasama dari orang ramai. Ini kerana rakyatnya memang terdidik sebegitu. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.
3.JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Kadangkala saya sering terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar rumah ataupun tertinggal barang di kelas misalnya, tapi alhamdulillah selamat. Tidak pernah berlaku kes kecurian atau rompakan apatah kes ragut. Alhamdulillah sepanjang saya berada di sini saya sentiasa berasa selamat walaupun kadangkala terpaksa berjalan seorang diri.
4.RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam, sambil menunggu densya, dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.
5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB
Sifat yang paling saya salute dan tabik pada masyarakat Jepun. Tak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, driver bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.
6.SISTEMATIK
Ini sifat yang amat saya kagum. Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur. Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan (bunbetsu). Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.
Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Sistem penghantaran barang yang cekap dan fleksibel. Dan banyak lagi.
Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat lain tapi cukuplah saya senaraikan setakat di atas saja.Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk membangga-banggakan Jepun atau merendah-rendahkan negara sendiri. Tapi sekadar berkongsi akhlak-akhlak baik yang terdapat pada masyarakat Jepun ini yang boleh kita contohi dan kita jadikan ikutan. InsyaAllah mana yang baik kita ambil dan jadikan contoh ikutan. Kerana akhlak-akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.
Seringkali terbayang di fikiran saya, kalaulah negara sehebat Jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia, mengulang kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu....
Jazakallah....
KENALI MUSUH-MUSUH KOMPUTER ANDA
Tuesday, November 6, 2007
9:36 AM
Posted by
mohazam
0
Bagaimana pula Adware, trojan, dialer,worm, keylogger, hijacker, cookies dan sebagainya,pada pemerhatian saya ia masih kurang dikenali terutamanya mereka yang baru mengenali dunia IT dan ada yang beranggapan ianya virus.Jadi,sudah menjadi suatu kewajaran untuk kita mengenalinya untuk membolehkan pencegahan yang lebih berkesan dapat dilakukan.
Walaupun penerangan saya nanti serba ringkas tapi saya yakin ianya pasti berguna.
Virus komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya.Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan
pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.
Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi
kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.
Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.
Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk
freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.
Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.
Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.
Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.
Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.
Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.
Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.
+copy+(108).jpg)